PRA SEKOLAH MANJAKU
Monday 12 December 2011
Saturday 10 December 2011
LEMBARAN KERJA
1.Isikan tempat kosong dengan huruf vokal
_ y _ m
k _ c _ n g
_ k _ n
l _ m b _
2.Tuliskan nama haiwan tersebut.
________________________________
_________________________________
_______________________________
________________________________
Pengenalan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu
makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa
maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang
yang dipelihara oleh seseorang.
Terdapat
berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi
haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan
peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung
dan anjing. Di bawah ini tercatat serba
ringkas mengenai empat haiwan ini.
Kucing
ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya
tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara
untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa
yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus
tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu
bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan
kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing
yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.
Seterusnya
kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di
dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan
iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk
dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air
masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan
peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain
daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan
salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana,
spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.
Mari
kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang
berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga
dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih
daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada
27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang
menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ). Burung-burung dari
kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan
mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara
burung-burung ini adalah ayam serama dan burung
kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada
sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.
Sampailah kita kepada haiwan peliharaan
yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia.
Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak. Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan
peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan
perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.
Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)